Surau Alam Sari
Assalamualaikum wrt. wbth. Alhamdulillah semalam telah berlangsung Kuliyyah Ustaz Khairul di Surau kita... Tajuk umum Kuliyyah Ustaz Khairul adalah berkenaan kematian dan perjalanan kita menuju ke Syurga atau Neraka.. Kepada sahabat2 yang belum sempat mengikuti Kuliyyah Ustaz Khairul ini diharap dapat meluangkan masa pada minggu-minggu yang berikutnya..
Antara intipati yang saya dapat kongsikan adalah seperti berikut:-
1. Kematian adalah satu perkara yang akan dirasai oleh semua yang hidup. Mati ini adalah menyakitkan walaupun ia berlaku semasa tidur atau di dalam koma.
2. Hidup selepas mati adalah sesuatu yang sukar. Persediaan untuk mati dan akhirat perlu dibuat oleh kita di dunia kerana sekiranya gagal bersedia di dunia, maka, terlewatlah kita dan kita akan menyesali perkara ini selama-lamanya.
3. Kita mestilah selalu mengingati kematian. Mafhum hadith - Orang yang susah apabila mengingati mati maka dia boleh tenang. Orang yang senang apabila mengingati mati maka dia akan susah.
4. Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah. Tiga syarat diletakkan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi untuk menjadikan kerja sebagai ibadah -
(i) kerja mestilah yang halal;
(ii) semasa kerja - jangan mengabaikan kewajipan seperti solat dan sebagainya; dan
(iii) semasa kerja- jangan melakukan perkara haram seperti bercampur lelaki dan perempuan dan sebagainya.
Insya Allah.. Minggu berikutnya kita akan didedahkan dengan proses semasa kematian mengikut Islam. Diharap sahabat2 dapat hadir sama kerana kematian selalu mengekori kita.. Insya Allah..
Wallahu Taala a'lam..
****sumber dari facebook surau alam sari
Sunday, March 31, 2013
Saturday, March 30, 2013
JADUAL KULIAH BAGI MAC 2013 SURAU ALAM SARI
سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
30 Mac 2013,
kuliah Maghrib oleh Ustaz Khairul, bicara mengenai Beriman dengan hari akhirat.
Semua dijemput hadir.
30 Mac 2013,
kuliah Maghrib oleh Ustaz Khairul, bicara mengenai Beriman dengan hari akhirat.
Semua dijemput hadir.
Wednesday, March 27, 2013
Wednesday, March 13, 2013
First post
Setelah sekian lama nak buat blog akhirnya...kena buat juga untuk penduduk alam sari mendapatkan info terkini aktiviti dan berita terkini di sekitar alam sari bangi..err..kajang..
Subscribe to:
Posts (Atom)