Wednesday, November 20, 2013

TERKINI!! POGRAM ANAK SOLEH ANJURAN SURAU AL AMIN

Untuk pendaftaran sila klik di sini PENDAFTARAN


Surau Al Amin sedang mengatur program kem cuti sekolah bagi mengisi ruang masa anak-anak kariah dgn program-program yang mendidik jiwa, sekali gus mengelakkan anak-anak dari menghabiskan masa dengan aktiviti yg tidak sihat seperti menonton TV, melayar internet, & bermain video game.
Untuk tujuan tersebut, Pihak Surau Al Amin akan mengadakan program pengisian di Surau selama 4 hari yang akan berlangsung dari Jumaat, 29 Nov 2013 - Isnin, 2 Dis 2013.
Penyertaan adalah juga dibuka untuk saudara-mara.
**Terhad kepada 50 peserta sahaja.
Pengisian: Solat & Al Quran
Solat : mempelajari kaedah mendirikannya dengan sempurna/mempraktikkan sepanjang program berjalan
Al-Quran : membetulkan bacaan/membaca/menghafaz.

Tentatif program:
4.30 Pagi : Solat-solat sunat
5.30 – 7.00 Solat subuh dan zikir
7.00 – 9.00 Membetulkan bacaan/tilawah/hafazan (ikut kemampuan peserta)
9.0 – 10.00 sarapan & rehat & kemasan diri
10.00– 1.00 Membetulkan bacaan/tilawah/hafazan (ikut kemampuan peserta)
1.00 - 2.30 Solat Zuhur/makan/rehat.
2.30 – 4.30 Tafaqquh solat
4.30 – 5.00 solat Asar
5.30 – 6.30 Riadah
6.30 – 8.45 Makan/solat/kuliah maghrib.
9.00 – 11.00 Membetulkan bacaan/tilawah/hafazan (diselang dengan tafsir Al-Quran oleh ustaz/ustazah)
Peserta lelaki digalakkan untuk bermalam disurau manakala peserta perempuan pula bermalam di rumah masing-masing.
Tarikh tutup : 27 November 2013
Yuran Penyertaan : RM150/perserta (*lebihan akan diinfaq pada tabung surau Al Amin)