Biar apapun keletah kanak-kanak, ia adalah fitrah. (Foto-Internet)
PEPATAH mengatakan, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Ini membawa maksud melatih anak biar daripada kecil. Hal ini menjurus pada aspek positif di mana untuk mendidik anak menjadi baik perlu dimulakan sejak kecil.
Manakala mendidik anak ketika dewasa, ajaran diberikan mungkin ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia sahaja.
Begitulah juga halnya dengan menanamkan rasa cinta pada masjid. Ia perlu ditanamkan sejak kecil dengan sering membawa kanak-kanak ke masjid.

Dengan itu Insya-ALLAH, rasa kecintaan dan rindu untuk selalu hadir ke rumah ALLAH kekal sehingga dewasa. Namun, apa yang berlaku kini, ada pula segelintir pihak tidak suka ibu bapa membawa anak ke masjid atas alasan bising dan mengganggu.
Melihatkan hal ini, padanlah tak ramai anak muda suka ke masjid, rupa-rupanya ketika mereka kecil dahulu mak dengan abah jarang bawa. Lebih teruk tak pernah bawa langsung dek takut orang mengata, agaknyalah.
Memang fitrah kanak-kanak suka bermain, dan bising itu biasalah. Tugas si dewasalah menegur penuh kasih sayang 'jangan buat bising ye nak..." Ini tidak, dihalang terus, ada ke patut! Namun, hal sebegini tidaklah berlaku di semua masjid, tapi memang terjadi, memang ada.
Petikan ceramah 1
Di mana najis itu?
SATU hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyebut hendaklah saf kanak-kanak di belakang sementara saf orang yang dewasa di depan, bagaimanapun hadis ini adalah daif, kata Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu slot ceramahnya yang dipetik menerusi laman Youtube, menyentuh mengenai 'Masjid Kita Tak Mesra Kanak-Kanak'.

Dr Mohd Asri berkata, terdapat juga kebiasaan yang banyak berlaku di (masjid) negara ini iaitu saf kanak-kanak diletakkan tiga hingga empat kali regang daripada saf dewasa.
"Kenapa hal seperti ini boleh berlaku? Kerana pada pandangan kita dan selalu kita dengar iaitu kalau kanak-kanak sentuh kita, (solat) terbatal sebab dia (kanak-kanak) belum sunat (khatan).
Pernah suatu ketika saya bertanya kepada seorang tua, kenapa najis, di mana najis itu? Dijawab, di bawah kulit, dan saya tanya semula di bawah perut pakcik juga ada (najis) bukan di bawah kulit (kanak-kanak) sahaja," katanya sambil memberitahu benda yang tidak nampak kenapa hendak dihukum.
(sumber: http://www.youtube.com/watch?v=R1cV3ENrAXE)
Petikan ceramah 2

Nak bawa boleh atau tidak?
CERAMAH pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang dipetik dari laman Youtube ada menyentuh mengenai 'bawa anak aktif ke masjid' menyatakan, haram kepada ibu bapa membawa anak yang suka berbuat bising ke masjid sekiranya tidak dikawal sehingga mengganggu jemaah lain.

"Tetapi, jika hari lain anak tersebut diam sahaja, tidak pernah mengganggu solat cuma pada hari berkenaan tiba-tiba dia buat kacau (bising) tidak mengapa, tidak berdosa," katanya.
Namun, ibu bapa yang memang dah tahu anaknya suka buat kacau dan mengganggu jemaah lain di masjid dan dalam masa sama tidak kawal kanak-kanak berkenaan hukumnya haram.
"Boleh bawa (anak yang aktif) ke masjid tetapi kena jaga dan kawal mereka," katanya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan 'hukum ibu bapa bawa anak kecil ke masjid' dalam slot ceramah lain, beliau berkata, kanak-kanak yang boleh dibawa ke dalam masjid adalah kanak-kanak yang tidak mengotorkan masjid.
"Kalau budak tersebut tak pakai seluar atau lampin dan pada bila-bila masa dia akan buang air kecil, haram membawanya masuk ke dalam masjid," katanya.
Namun, mengulas lanjut Ustaz Azhar berkata, sekiranya kanak-kanak itu dikemaskan dan dipakaikan lampin tiada kesalahan membawanya ke dalam masjid.
"Kalau nak bawa kena pakai lampin tetapi ibu bapa perlu jaga kerana mereka masih belum mumayiz. Ibu bapa boleh lepaskan anak yang telah mumayiz yang mana berumur dalam darjah satu (tujuh tahun) dan tadika yang mana tidak ganggu jemaah lain.
"Ibu bapa adalah berdosa jika meninggalkan atau tidak menjaga anak kecil lalu anak tersebut buat kacau dalam surau atau masjid," katanya.
(Sumber: Youtube)

Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment